BPA atau Bisphenol A

Baru-baru ini kajian Universiti Malaya mendapati percampuran bahan BPA dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu memberi kesan kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah mengharamkan penggunaan bahan polikarbonat untuk menyimpan susu mahupun sebagai susu botol.Pengharaman tersebut kerana bahan polikarbonat dikenal pasti boleh merosakkan hormon manusia.

Sebagai ibu bapa, kita harus berwaspada dan lengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya tentang hal ini. Di sini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai BPA. Harap info ini berguna pada anda sekeluarga.

Apa itu BPA?
-BPA adalah bahan kimia industri yang digunakan untuk membuat botol susu bayi polikarbonat agar botol tersebut keras dan lutsinar.

Bagaimana hendak mengesan botol susu BPA?
-Perhatikan label kod identifikasi plastik pada bawah botol susu. Botol susu dengan BPA akan dilabel dengan ‘nombor 7', ‘nombor 7 dan PC’ atau ‘nombor 7 dan other’.

Alternatif dari menggunakan botol susu BPA
1.Menggunakan botol susu kaca
2.Menggunakan botol susu bebas BPA contohnya polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA).
3. Susukan bayi dengan susu badan/susu ibu.

Bagi ibu bapa yang sedang menggunakan botol susu mengandungi BPA, adalah dinasihatkan agar menukar botol tersebut kepada botol ‘bebas BPA’.

Bagaimana jika masih ingin menggunakan botol lama?
Dinasihatkan ikut langkah2 berikut:
-Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
-Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
-Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
-Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelak permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
-Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
-Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

Kesan penggunaan botol susu yang mengandungi BPA adalah bersifat jangka panjang.Ini disebabkan kesan sampingan pada sistem hormon. Adalah agak sukar untuk mengesannya dalam jangka masa pendek kerana kesannya masih tidak kelihatan.

Adakah anda sanggup mengambil risiko tentang kesihatan anak anda? Jika tidak, cepatlah tukar botol susu BPA anak anda.

Sharing is Caring
-Baby Collections Online-

No comments:

Post a Comment

ORDER FORM

Name:
Phone No.:
Email Address:
Address:
Item(s) code and quantity
Payment Method:
Delivery Method:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...