Jualan Amal dengan BCO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya dengan berbesar hati mengajak anda semua menyertai Jualan Amal yang dianjurkan sempena ketibaan Ramadhan. Hasil Jualan Amal ini akan disalurkan ke Program Ramadhan Relief anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM).


Setiap pembelian anda dari Baby Collections Online, 10% akan didermakan ke program ini. Harap dapat sokongan dari semua. Kalau tidak keberatan, tolong share di Facebook supaya kawan-kawan lain dapat menderma dan anda dapat pahala juga.

Ringkasan Program Ramadhan Relief, dengan hanya RM50 anda telah menaja sekotak pek makan untuk satu keluarga bagi meringankan beban mereka di bulan Ramadhan. Sesungguhnya memberi makan ketika berbuka kepada mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan besar pahalanya. Saya doakan anda yang menyokong program ini dimurahkan rezeki dan sihat selalu.


Info lanjut boleh ke FB Page IRM atau ke lawat web www.islamic-relief.org.my 


No comments:

Post a Comment

ORDER FORM

Name:
Phone No.:
Email Address:
Address:
Item(s) code and quantity
Payment Method:
Delivery Method:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...