Report Jualan Amal anjuran BCO

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Baby Collections Online (BCO) ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada anda yang telah menjayakan program Jualan Amal sempena Ramadhan sama ada secara langsung dan tidak langsung. Alhamdulillah! Walaupun program ini baru pertama kali diadakan, ia mendapat sambutan.

Saya telah menyerahkan duit yang terkumpul kepada IRM di Bandar Baru Bangi. Saya sertakan resit rasmi sumbangan tersebut untuk tatapan anda. Saya berharap anda berpuas hati dan gembira kerana kita telah sama-sama membantu meringankan beban keluarga yang lebih memerlukan di luar sana. Berapa nilai sumbangan tidak penting tapi keikhlasan itu yang dicari.


Saya sempat berkunjung ke kedai IRM. Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual. Hasil dari jualan ini, mereka akan salurkan pada yang lebih memerlukan. Jika ada di antara anda yang ingin memberi sumbangan, saya cadangkan anda ke IRM sendiri dan anda boleh pilih bentuk sumbangan yang dikehendaki. Saya sertakan gambar barangan yang terdapat di IRM Bangi.

No comments:

Post a Comment

ORDER FORM

Name:
Phone No.:
Email Address:
Address:
Item(s) code and quantity
Payment Method:
Delivery Method:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...